Remaja Dituduh Rogol Kenalan WeChat

. Rabu, 05 Februari 2014
Kes Rogol
Jika disalahgunakan apa sahaja boleh jadi berbahaya termasuk aplikasi chatting di laman sosial.
Bahana aplikasi WeChat, seorang remaja dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya melalui aplikasi itu di tepi tangga sebuah pangsapuri.
Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Hassan Abdul Ghani sempat meluahkan kekesalan dan memberi nasihat kepada tertuduh Muhammad Amirul Yusman, 18 tahun.
"Ente baru tiga empat hari berkenalan, Ente sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah Ente?
“Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, Ente harus berkelakuan mulia, barulah hidup Ente akan berkat, ini tidak. Ibu bapa Ente tahu yang Ente dihadapkan ke mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini,” kata Hassan dengan sinis kepada tertuduh.
Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Johor Bahru. Mynewshub

0 komentar: