Pakcik Azman Semakin Popular Siap Jadi ‘Duta’!

. Minggu, 16 Maret 2014

Sekarang sebut saja nama Azman Mohd Nayan atau Pakcik Azman, hampir semua orang sudah kenal.

Siapa yang boleh melupakan wajahnya yang semakin sensasi gara-gara isu video beliau dimaki oleh isteri bintang bola sepak Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo iaitu Siti Aisya Adam, 24.

Ternyata selepas kejadian itu, rezeki Pakcik Azman semakin melimpah-ruah kerana tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Orang yang datang bukan sekadar menyatakan sokongan mereka terhadapnya, malah turut mengambil kesempatan bergambar bersama beliau.

Terbaru, video yang dimuat naik di laman YouTube menyaksikan rakaman ucapan dan doa Pakcik Azman kepada pasukan Kelantan untuk Piala Malaysia yang sedang hangat berlangsung pada musim ini.

“Saya doakan Kelantan menang ke separuh akhir, Gomo Kelate Gomo! ” katanya.

Nampaknya Pakcik Azman boleh jadi duta selepas ini. Kami yakin Subang Skypark sudah semakin meriah dengan adanya beliau di sana.

Apapun, pesanan kami kepada orang ramai, teruja macam mana sekalipun, jangan sampai mengganggu tugas Pakcik Azman ya. Dia pun tengah mencari rezeki juga.




Oleh: ELZA

0 komentar: