Aishah Artis Pertama Bakal Bertanding Pilihan Raya Umum PRU 13

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar
Aishah Artis Pertama Bakal Bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) 13?


KUALA LUMPUR – Platun lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, dikatakan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), pada tidak lama lagi.
Ia berikutan terdapat sumber memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara bergelar Yang Berhormat (YB) dan akan diletakkan bertanding dalam PRU13.
Memetik laporan Harian Metro, hari ini,  penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, dia hanya menyedari perkara itu hangat diperkatakan tatkala tarikh menjelang PRU yang semakin hampir.
“Setakat ini, saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh ada kata putusnya.
“Saya tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya cakap-cakap orang mengenai penamaan berkenaan.
“Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tidak tahulah, tunggu dan lihat saja,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah dia berminat untuk bertanding seandainya diberi peluang, Aishah berkata dia akan mempertimbangkannya terlebih dulu.
“Kalau ada peluang, saya akan berfikir tindakan selanjutnya.
“Kena Solat Istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya,” jelasnya.
Sebelum ini, Aishah pernah menimbulkan kejutan apabila gambar dia melibatkan diri dengan kempen Bersih 3.0 tersebar luas di internet.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program ‘Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah’ di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April tahun lalu.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Read More..

Kelantan salur RM50 000 bantu mangsa banjir Pahang

.
0 komentar
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengumumkan bantuan sebanyak RM50,000 bagi membantu mangsa banjir yang melanda Pahang khususnya di kawasan Kuantan dan Kemaman.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sumbangan ini adalah sebagai tanda kebersamaan dan rasa simpati kerajaan negeri terhadap mangsa banjir di negeri itu yang disifatkan paling buruk abad ini.

"Sekalipun dipisahkan oleh sempadan negeri yang berbeza, namun kebersamaan sebagai rakyat Malaysia di bawah satu bumbung Pantai Timur tetap menggamit rasa simpati daripada kami di Kelantan.

"Justeru, sebagai tanda kebersamaan dan simpati dari pihak kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, saya dengan ini mengisytiharkan peruntukan sebanyak RM50 ribu untuk membiayai misi bantuan kepada mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini termasuklah bantuan pasca banjir," katanya.

Dalam pada itu, bantuan dari kerajaan Kelantan itu akan disampaikan terus kepada mangsa banjir melalui sukarelawan yang akan dihantar mulai esok 8 Disember 2013.

Rombongan sukarelawan ini akan bergerak melalui badan sukarela Jabatan Amal dan juga agensi-agensi kerajaan negeri.

"Jumlah ini merupakan permulaan dan kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menambahkan nilai peruntukan jika situasi memerlukan.
"Harapan saya agar misi bantuan yang akan dihantar secara rasmi oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini," katanya
Read More..

SEKAT PTPTN UNISEL BERPOLITIK BIARLAH SECARA MATANG

.
0 komentar

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SEKAT  PTPTN UNISEL : BERPOLITIK BIARLAH SECARA MATANG
17 Rajab bersamaan 07 Jun 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana membekukan mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) daripada mendapat pinjaman PTPTN. DPPM berpandangan kerajaan tidak wajar menafikan hak mahasiswa Unisel dalam mendapatkan pinjaman bagi membiayai pendidikan mereka kerana tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan masa depan mahasiswa tersebut.

DPPM merasaka tindakan kerajaan ini sebagai usaha membalas dendam terhadap Pakatan Rakyat yang berjuang memansuhkan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma kepada rakyat. PTPTN dijadikan perkakas baru untuk diperalatkan bagi melunaskan perasaan benci meluap-luap terhadap PR yang berjuang untuk kesejahteraan rakyat. Tindakan ini dibuat dengan harapan supaya rakyat akan mempersalahkan pula PR sehingga mereka gagal mendapat kemudahan PTPTN.  Ia juga sebagai ugutan terhadap rakyat negeri Selangor supaya tidak memberikan undi kepada PR atau mereka akan hilang kemudahan PTPTN.
DPPM merasakan tindakan ini mungkin dibuat kerana kerajaan BN sudah ketandusan idea untuk menangkis tawaran PR yang disambut hebat oleh rakyat serta hilang hujah untuk menafikan pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Politik ugut seperti ini sebenarnya sudah ketinggalan zaman, kerana rakyat sudah semakin cerdik politik dan memilih parti politik yang mampu memberikan tawaran dan kebajikan terbaik kepada mereka. Jika kerajaan BN merasa tergugat dengan tawaran PR, sebaiknya kerajaan memikirkan formula lain yang lebih menarik bagi menambat hati rakyat, bukan mengugut mereka seperti ini.

DPPM menegaskan, janji dan komitmen PR untuk menghapuskan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma adalah jelas dan pelaksanaannya akan dibuat jika PR memerintah kelak. Semua pelajar akan nikmati kemudahan ini tanpa mengira latar belakang, fahaman politik, warna kulit dan keturunan. Malah setiap pelajar akan dibantu bagi memastikan mereka berjaya dalam pendidikan kerana agenda PR adalah memberi kebajikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan percuma, bukan memperniagakannya seperti yang berlaku selama ini.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Read More..

SIANG BERTUDUNG MALAM SEKSI

.
0 komentar


Sekadar Gambar Hiasan

KULIM - Masalah pelajar perempuan yang masih menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam kegiatan maksiat dan pelacuran bukanlah satu perkara baru.

SK sekali membongkar kegiatan tidak bermoral dilakukan seorang pelajar berusia 20 tahun berasal dari Melaka.


Dia yang mahu dikenali dengan nama Ayu berkata, pinjaman pembelajaran yang dibuat tidak mencukupi bagi menampung keperluannya.

Kerana tidak sanggup hidup susah dan terpaksa mengikat perut, dia memilih bekerja di sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam untuk mendapatkan pendapatan lebih.

Menurutnya, dia mampu memperoleh di antara RM150 hingga RM200 setiap malam dengan melayani kehendak pelanggan.

Katanya, ada dalam kalangan pelanggan yang akan membayar lebih sekiranya menemani mereka hingga ke bilik tidur.

“Tidak semua orang tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti kami. Pinjaman diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Selain tugasan yang harus dilakukan, kami juga perlu makan dan membeli barangan keperluan harian.

“Ada rakan sebilik saya yang tidak bekerja sebagai pelayan, tetapi mempunyai teman lelaki yang sedia memberikan wang kepada mereka. Sebagai pelajar, mereka tidak akan mampu membayar semula bantuan diberikan, melainkan menyerahkan tubuh kepada teman lelaki,” katanya.

Ayu berkata, sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk bekerja di sebuah pusat hiburan di Kulim, bagaimanapun terpaksa menolak tawaran itu kerana pihak berkuasa tempatan dan polis sering mengadakan operasi.

“Saya sudah enam bulan bekerja sebagai pelayan dan pendapatannya lumayan. Siapa sangka saya yang bertudung ke kuliah setiap hari akan berpakaian seksi di waktu malam dan menghidangkan arak kepada pelanggan.

Saya tahu ia salah, tetapi semua ini dilakukan untuk memastikan saya tamat pengajian,” katanya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pengusaha pusat hiburan yang mengambil pelajar IPT sebagai pekerja sambilan tidak salah kerana semua pelajar terlibat sudah melebihi usia 18 tahun.

Pihak yang dipertanggungjawab untuk memastikan masalah sosial ditangani dalam kalangan pelajar IPT seharusnya mengambil berat tentang masalah mereka. Semua ini berlaku kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai wang yang cukup.

“Bagi pelajar yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada wang pinjaman dibuat.

"Ini mengakibatkan perbelanjaan mereka terhad dan mendorong melakukan pekerjaan yang tidak bermoral.

“Kita cuba tangani masalah mereka ini dengan memberikan pinjaman tambahan. Sekiranya mereka masih melakukan perbuatan tidak bermoral itu, tidak salah sekiranya pihak IPT membuang mereka,” katanya kepada SK
Read More..

Terkini Model Perdana Baru Gantian Honda Accord di Temui

.
0 komentar

Terkini, Model Perdana Baru Gantian Honda Accord di Temui | Gambar ini merupakan spyshots pertama model gantian Proton Perdana/Accord yang telah dimuatnaik di laman web paultan.org. Model gantian Proton Perdana/Accord telah ditemui di R&R Gombak oleh Khai RULE Cultus.

Model ini buat permulaan hanya untuk kereta rasmi pegawai kerajaan dan bakal menggantikan model Perdana dan Inspira.


Model Proton Perdana/Accord akan mempunyai 2 fasa, fasa yang pertama sebagai kereta rasmi kerajaan dikatakan bakal dikeluarkan penghujung tahun ini dan 2 tahun selepas itu akan ada model untuk pasaran tempatan yang berkemungkinan besar akan menggunakan platform sedia ada dengan rekaan yang berbeza.


Jika diperhatikan spyshots ini, jelas kelihatan logo Proton di steering dan ada beberapa tampalan camo dibahagian gril, bumper hadapan dan belakang.


Setakat ini belum ada apa-apa info selanjutnya dan yang terkini terdapat info mengenai model GSC telah mula menjalani ujian jalan raya.


Jadi kalau ada pembaca yang terserempak dengan kereta camo bersaiz Myvi, mungkin itulah GSC.


sumber

Read More..

Gus Poyet Bakal Pengurus Baru Sunderland

.
0 komentar

Gus Poyet dilaporkan bakal dilantik sebagai pengurus baru Sunderland dalam tempoh 24 jam ini.

Poyet sememangnya dilihat sebagai calon pilihan mengisi kekosongan jawatan tersebut dengan pemilik serta pengarah sukan kelab itu sudah lama meminati bekas pengurus Brighton itu.

Pengendali dari Uruguay itu bakal menggantikan tempat Paolo Di Canio yang dipecat hanya selepas lima perlawanan awal Liga Perdana Inggeris musim ini setelah dilantik, Mac lalu.

Bekas pemain pertahanan Sunderland, Kevin Ball kini menjadi pengendali sementara pasukan itu dan turut menyatakan kesediaan untuk bergelar pengurus tetap.

Biarpun begitu, Sunderland dikatakan tetap mahu melantik Poyet yang meninggalkan Brighton hujung musim lalu selepas membawa pasukan Liga Kejuaraan itu ke perlawanan playoff.
Read More..

Black Death Yang Sangat Menakutkan Eropah

.
0 komentar
Pada tahun 1347, masyarakat Eropah sangat takut dengan tikus. Ini kerana haiwan itu menjadi penyebab kepada wabak Black Death yang menyebabkan banyak kematian.



Wabak ini kemudiannya menjadi tragedi buruk yang tidak dapat dilupakan sepanjang zaman.


-SP
Read More..